(Gambar) Imej Terbaru Noni AF5.

Mac 14, 2009 oleh mrxlonely

Lama erk tak dengar cerita mengenai Noni AF5. Untuk pengetahuan, Noni buat masa sekarang tengah sibuk dengan show Gempak Desa setiap minggu dan show Astro fest di Sabah. Walaupun si Noni ni antara bekas pelajar AF yang suam-suam kuku jer tapi Alhamdulillah lah masih ader job untuk dier dan jadual seninya agak padat dengan show & shooting telefilem. So kita sama sama la nantikan telefilem terbaru dari Noni ye. Apa-apa pon mari layan gambar terbaru Noni ini..

Psst..rambut karat lol..huhuhu.

sumber dr krsuicide.com

(Hangat!) Aliah Lee & Tengku Nak Kahwin?

Mac 11, 2009 oleh mrxlonely

Sebenarnya sudah lama KF Crew hendak tulis pasal janda cantik, Nor Aliah Lee, 37, dan kekasihnya, Tengku Yusof Tengku Zainal Karib atau nama timangannya TY, 43, tapi baru sekarang masa yang paling sesuai sebab masing-masing tengah ‘panazz’.

Sebenarnya KF Crew tergelak apabila terbaca satu artikel dalam sebuah akhbar yang melaporkan Nor Aliah sudah tidak tahan hidup menjanda! Sebab ia nampak macam Nor Aliah dah tak tahan lagi (sangap) hendak bersuami walhal pada pengetahuan KF Crew hubungan dia dengan TY itu sangat cool dan relaks.

Bukan itu saja, gambar mereka bersama rakan artis termasuk Fizow ketika pergi menonton showcase Marcell di KL pun telah jadi bahan gosip hangat. Biasalah Nor Aliah, awak tu kan artis, tentulah semuanya akan jadi perhatian bukan? Dalam dunia Internet yang bergerak begitu pantas ini, macam-macam boleh berlaku. Sabar ajelah.

Yang penting, KF Crew dapat tahu dari sumber terdekat dengan Nor Aliah bahawa dia dan TY akan berkahwin pada hujung tahun nanti! Haa, eksklusif tu… jadi siapa cakap hubungan mereka itu sekadar main-main? Mereka telah berkawan lebih setahun lalu dan tidak mustahil akan berakhir dengan perkahwinan. Kita doakan saja yang baik-baik..Amin~

(Gossip) Fasha Bakal Permaisuri Johor?

Mac 11, 2009 oleh mrxlonely

Ni keratan akhbar nyamuk mana ntah.. Betul ke cerita ni? Hmm tak dapat aku bayangkan Fasha Sandha naik motor besar ronda satu Johor ikut ayahanda Tengku Ismail, Tengku Ibrahim (orang Johor panggil Tengku Yem) ikut kembara mahkota Johor.

Juga masa doa khutbah jumaat ada sebut nama Fasha Sandha..Nak buat camana kalau Tengku dah suka, patik hanya menjunjung kasih..

Yus (Raja Lawak) tolak tawaran program TV sebab malu?

Mac 11, 2009 oleh mrxlonely

Kali ini KlaustaFever (KF) nak ber’gosip pasal pemenang Raja Lawak musim pertama, Yus. Anda semua ingat lagi tak??Mesti ada yang sudah lupa dengan penampilan lelaki bertubuh gempal berasal dari Perlis ini. Yus datang dengan bakat yang diasah daripada teater, tapi mungkin dia tidak datang dengan pakej yang baik, lalu namanya terus berkubur begitu saja.

Mungkin ini diskriminasi yang berlaku terhadap anak seni yang tidak hadir dengan wajah menawan. Terbaru, KF dengar Yus kini bekerja sebagai pemuzik di sebuah universiti utara tanah air. Rupa-rupanya, KF dimaklumkan hakikatnya Yus memang tak boleh nak sesuaikan diri dengan dunia artis. Kalau boleh memang dia tak mahu lagi berada di dalam kelompok orang glamor macam rakan Raja Lawak yang lain.

Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile. Seorang pembaca KF pernah beritahu yang Yus pernah dijemput untuk menjadi tetamu sebuah program bercorak jalan-jalan sambil cari makan. Kebetulan yang menjadi pengacara program itu turut dilahirkan dalam program yang sama. Bayangkan selepas dia mengesahkan untuk menjadi tetamu program itu, tiba-tiba pada saat akhir Yus boleh batalkan dengan alasan malu dan tak mahu lagi terdedah di depan kaca TV. Oh! Hai.. Macam-macam..

Crew KF harapkan agar Yus tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki’nya itu..

Hello world!

Mac 11, 2009 oleh mrxlonely

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!